The best performance ever ~~
October 2, 2009 by fizfailife
Assalamualaikum…
Malam ni merupakan malam yang amat menggembirakan bagi aku dan adik aku, Hafiz… Tambah2 ada Farah sekali… rasa sangat gembira dan bahagia… Malam ni kami telah dibelanja oleh seseorang untuk menyaksikan persembahan teater yang bertajuk Asylum di Multi Purpose Hall (MPH) UTP… Sebelum ni teater Asylum pernah dipentaskan, malangnya aku tidak berkesempatan untuk menyaksikan persembahan yang sebelum ini… dan Alhamdulillah… malam ni akhirnya dapat juga aku menyaksikan teater yang sangat hebat dan penuh dengan mesej-mesej yang amat berguna ini (aku harap neorackle datang utk menonton teater ni…) … dan apa yang paling best sebab dapat menyaksikan lakonan seseorang… yang memang menjadi watak favaourite para penonton sepanjang pementasan dilakukan… asalkan saja watak tersebut memainkan peranan, pasti akan disusuli dengan tepukan meriah daripada mereka yang datang pada malam itu. Memang sangat gempak dan meriah persembahan pada malam ni… dan apa yang lebih menarik, ada juga persembahan mime yang memang A+ la… tabik + kagum la dengan mime… ingat senang ke nak kasi audiences paham dengan cuma melalui lakonan pergerakan badan, tanpa menggunakan bahasa untuk menerangkan apa yang sedang dilakukan. Adik aku yang konon-kononnya nak tidur pun tak jadi tidur disebabkan kehebatan mime dan teater pada malam ni…
Kesimpulannya, aku amat gembira pada malam ni… aku rasa aku la antara orang yang paling teruk ketawa pada malam ni… Seronok sangat =) Akibatnya… motivasi aku untuk terus bertahan pada malam ini semakin bertambah… banyak kerja nak kena siapkan sebenarnya… tak terkata betapa banyaknya… hu~~ tapi, takpa… semangat baru saja di top up after saksikan persembahan seseorang tadi… =)
Alhamdulillah…
Haha..ok2..Memang ada cadang nak pergi malam ni untuk dengar mesej berguna tu.
Macam aku ni nakal sgt lak kna tgk teater tu utk insafkan aku. Hehe..
terima kasih sebab datang… patut la ko 2 pagi pon online lg.. huhuhuhu..
ho ho ho, terima kasih kerana datang, kami insan2 noob saja……
Ala… neo… ko jgnla salah faham… aku rasa teater malam ni sesuai untk ko selaku pemerhati politik tegar… haha… mana ada ko nakal… ko baik la…sgt baik =)
Semalam…gatal la pulak tangan nak tulis post ni… Hebat la lakonan ko kaloi… tabik =)
apekejedinyer =) kamu juga sangat hebat… sgt bertuah dapat menyaksikan lakonan kamu semua =)