Weekend @ Tambun …
October 11, 2009 by fizfailife
Pergh… weekend ni ternyata bukan weekend yang senang… banyak pulak aktiviti yang aku nak buat… padahal… banyak jugak kerja tak siap… mcm mana tu?…
Tapi, nampaknya kesabaran aku ternyata tergugat juga akhirnya… nescafe tumpah ats P&ID aku… argHHH… dan tindakan refleks aku telah menyebabkan Aqil terasa dengan aku… sedihnya… rasa cam nak nangis je time tu… aku lemas jugak bila adik sabiha aku mengadu yang hp dia rosak… aku rasa cam time tu nak terus cepat2 kerja..kumpul duit… so that aku dapat tolong adik-beradik aku cepat2… tapi takpa la… biasalah tu… cobaan… cobaan… cobaan…
Semalam… buat kedua kalinya aku menyaksikan pementasan Asylum & Medley of Mime kat Ipoh… tak bosan walaupun dah dua kali tengok sebab aku rasa semakin banyak input yang aku peroleh… menarik sungguh pementasan Asylum… banyak maksud tersirat dan mesej2 berguna yang dapat diperoleh… walaupun aku ni bukanlah tau sangat pasal teater… at least aku dapat memahami mesej yang cuba disampaikan dalam Asylum… apa yang aku paham… Asylum sebenarnya cuba menggambarkan realiti yang sedang terjadi dalam masyarakat hari ini… tentang penyalahgunaan kuasa, korupsi, tentang masyarakat yang makin gila dalam mengejar kemewahan, nama… pangkat dan perempuan… sehingga keadilan sudah tidak lagi wujud. Orang yang kurang berkemampuan ditindas… orang yang kurang bernasib baik disisihkan sehingga wujudlah situasi “The poor get poorer, the rich, richer”. Artis-artis diangkat dan dijulang tinggi… sedangkan merekalah yang acapkali membawa pengaruh negatif kepada masyarakat terutamanya golongan muda… Betapa gilanya kondisi masyarakat kita pada hari ini dapat dilihat melalui Asylum… Ternyata… walaupun pelakon-pelakon terdiri daripada mahasiswa2 UTP yang bukanlah mengambil kursus khas dalam bidang teater dan dalam masa yang sama mempunyai komitmen yabg ternyata berat dalam akademik tetapi mereka masih mampu untuk menyampaikan Asylum dan Medley of Mime dengan begitu cemerlang. Tahniah diucapkan kepada semua para pelakon… Dr. Shark juga amat mengagumkan walaupun hanya memainkan watak kecil dalam pementasan tersebut.
Hari ini… aku bangun lewat… biasalah… kat rumah… selesa… tak ada tekanan… semuanya diambil mudah… menyesal jugak tetapi apa nak buat… masa bukannya boleh berputar kembali… Sarapan yang cukup simple tapi mengenyangkan… tengah hari pergi ke dua buah rumah open house… kat rumah kedua… Alhamdulillah… aku dapat merasa nasi dagang… ternyata nasi dagang bukanlah taste aku… terasa tinggi sungguh kalori yang aku ambil untuk hari ini… tapi… takpa… hehehe… biasalah… namapun aku… memang sangat obses dengan makanan… agak tertekan jugak bila aku dapat tau yang car aku penuh dari KL… ini bermakna aku tak dapat tumpang untuk balik ke UTP… last2… Farah kasi tau yang dia nak balik rumah dia kat Ipoh… so… on the way balik UTP, bolehlah aku tumpang… Alhamdulillah… :: ++ dapat call daripada seseorang juga… lagi bertambah2 happy ++ ::
Sepanjang 2 hari kat sini… banyak benda juga yang dapat aku perhatikan dalam kehidupan teh ngan pak teh aku… penat beb aku tengok teh ngan pak teh aku jaga dua org anak diorang ni… kalau aku la… dah lama dah aku rasa aku ikat kat kerusi… pastu letak plaster kat mulut… pergh… gila ganas… aktif jugaklah si Aqil dan si Nureen ni… cerdik pulak tu… lagilah susah… hehehehe… time tengok teater… si Nureen ni… punyalah peramahnya dia… boleh pulak pi tegur audience kat belakang… adoii… trauma jugak aku malam tu… banyak kali jugaklah keluar masuk hall… rasa sangat bersalah sebab sedikit-sebanyak menganggu audience lain… tapi apa pun… aku berjaya berada dalam hall sampai habis… memang best… mesti lagi best kalau Farah pun ada malam tu… tapi yerla… Farah pun otw dari Singapore kan time tu… habis-habis teater aku terus balik… sebabnya kesian pulak kat pak teh ngan teh aku… mesti penat melayan karenah dua orang anak diorang… Apa-apa pun hajat aku untuk weekend ni tercapai juga…
Alhamdulillah… aku bersyukur kerana dapat merasa nikmat kasih-sayang yang Allah kurniakan kepada aku… kasih sayang keluarga… sahabat… yang memang melengkapi hidup aku. Kadang-kadang aku rasa sangat bad bila aku gagal kawal emosi aku… misalnya… muka aku masam jugaklah time Aqil tumpahkan nescafe atas P&ID aku… sepatutnya aku kena bersabar tapi… aku manusia biasa… masih banyak yang aku kena latih untuk menjadi seorang manusia dan insan yang lebih baik… menjadi seorang hamba yang lebih bertaqwa kepada Penciptanya…
:: Sekian ::
P/s: Tq tu Teh dan Pak teh kerana sudi melayan kisah love story aku sepanjang-panjang weekend aku ni… ~~

apa hang cita kat depa cik fizah oii? hahahahaha..
Timekasih sebab datang yea… sangat sokongan yang tak terhingga tu..
amboi… en anwar… laju comment… hahahaha… benda apa yg cheq ckp kat diorang… biarlah rahsia… benda yang baik-baik sahaja… =) nak promotelah katakan… depa ni pun panel penilai jugak ni… bahaya2…. kena berhati2…